Tempat Makan Best Di Putrajaya | Sarapan.

image
Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni entri pasal makan. Tempat makan sedap di Putrajaya. Konon-konon macam blog Hazman Fadzil la..ciplak skit je..hehe..tapi blog pasal makan Hazman Fadzil memang power..sesiapa yang nak tau pasal makanan sedap-sedap memang aku galakkan korang ke blog Hazman Fadzil adik-beradik Shakiddo.

Aku mulakan dengan tempat sarapan best kat Putrajaya. Pada korang yang suka dengan suasana ala-ala kampung macan aku, dicadangkan singgah makan di Taman Warisan Pertanian Presint 16 Putrajaya. Tempat yang sangat tenang. Dengan binaan bangunan ala-ala rumah kampung, betul-betul rasa best je… untuk sarapan sementara tunggu member untuk site visit hari tu aku pekena nasi lemak rendang kerang dan telur goreng. Untuk minuman pula, aku bedal milo suam, faberet aku…Harga nasi lemak rendang kerang dengan telur goreng RM2.50 dan air milo suam RM1.40. Total perbelanjaan sarapan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya hanya RM3.90. Perbelanjaan sarapan yang diterima akal. No problem…

image
Tempat makan favourite aku...bersila macam atas pangkin.
image
Kawasan makan..hujung tu Penanggah.

Masuk je kat kawasan Taman Warisan Pertanian tu korang akan nampak banyak kerusi meja yang disediakan. Depan sikit korang akan nampak satu bangunan yang dinamakan ‘Penanggah. Pilih makanan dan minuman kat situ. Tapi pagi-pagi memang kurang sikit la menunya. Kalau malam…macam-macam ada.. nak makan sate Kajang? Tak payah pi Kajang dah..kat Putrajaya pun ada Sate Kajang Hj. Samuri. Nak makan Nasi Ayan pun ada.. Roti John pun ada…macam-macam lagi la…

Kalau korang ni spesis macam aku..lepas makan mesti nak memerut, jangan risau..tandas dekat dan sangat bersih. Kat kawasan belakang tandas tu siap ada sikit kawasan landskap yang sejuk dan mendamaikan…gile la..memang macam kat kampung!!  Tak percaya? Tengok gambar..gambar landskap je..takkan aku nak letak gambar tandas plak…

image
Depan bangunan yang menempatkan tandas.
image
Sikit kawasan landskap belakang tandas.

Pasal parking pulak..memang tak payah risau. Kawasan tempat letak kenderaan yang yang pasti mencukupi. Ada dua kawasan tempat letak kenderaan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Tapi aku sempat snap satu gambar je. Ok la kan…

Cuma aku ada sikit cadangan untuk penambahbaikan Taman Warisan Pertanian. Sikit je tak banyak…

1) mungkin boleh sediakan sedikit hiburan untuk pengunjung yang datang makan malam. Kumpulan caklempong ke…

2) penyelenggaraan peralatan dalam tandas diperbaiki. Kebersihan dah ok sangat.

3) tambahkan promosi untuk memperkenalkan Taman Warisan Pertanian demi membantu perniagaan para peniaga kat situ. Agak simpati tengok peniaga (bukan peniaga makanan) kat situ yang seakan hidup segan mati tak mahu sejak sekian lama…

2 thoughts on “Tempat Makan Best Di Putrajaya | Sarapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam