
Resit Zakat Fitrah 2012
Diam tak diam dah masuk hari ke 13 dah kita puasa. Ada tak yang kantoi tak puasa? Kaum hawa tak payah la amik kira ye…diorang tu special.
Aku harap takde la antara pembaca atau follower blog Fauzi Blues (ada ke follower?..heheh) yang tak puasa. Kot ada yang kena naik van jenazah sebab kantoi tak puasa. Tak lama dah nak sambut Hari Raya Aidilfitri pulak. Zakat Fitrah dah bayar ke belum? Jangan la bertangguh-tangguh bayar Zakat Fitrah tu. Nanti dah sibuk buat persiapan sambut Aidilfitri, langsung terlupa pasal Zakat Fitrah yang jadi kewajipan kita sebagai umat Islam. Kewajipan yang mesti ditunaikan setahun sekali pada bulan Ramadhan. Selewat-lewatnya Zakat Fitrah hendaklah diselesaikan sebelum menunaikan Solat Aidilfitri. Tujuannya adalah untuk memberi bantuan kepada golongan fakir bagi menyambut Aidilfitri juga. Bukan tak boleh bayar Zakat Fitrah selepas solat Aidilfitri. Bolehh….tapi ianya dah jatuh jadi sedekah lah…
Sekarang ni senang dah nak bayar Zakat Fitrah. Ramai Amil dilantik untuk bertugas kat shopping kompleks, kat pintu masuk masjid, bangunan pejabat bagi memudahkan orang ramai buat pembayaran Zakat Fitrah setiap tahun ditunaikan. Salah satunya kat Stesen Sentral Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KL Sentral. Kaunter Zakat Fitrah disediakan kat tingkat 1 KL Sentral. Hari-hari kaunter Zakat Fitrah di KL Sentral dengan 2 orang Amil bertugas dibuka. Kalau tak silap masa operasi Kaunter Zakat Fitrah di KL Sentral adalah 10 pagi – 8 malam setiap Sabtu hingga Khamid dan 3 petang – 8 malam pada Jumaat. Kaunter Zakat Fitrah ni dah dibuka sejak 21 Julai 2012 dan akan berakhir pada 18 Ogos 2012. Kadar Zakat Fitrah untuk kawasan Wilayah Persekutuan hanya RM7 je seorang.
So takde alasan untuk tidak bayar Zakat Fitrah. Kemudahan dah disediakan. Senang je..naik LRT atau Komuter turun kat KL Sentral, lepas tu pergi ke ruang legar depan information counter KL Sentral terletaknye Kaunter Zakat Fitrah KL Sentral. Aku dah settle dah sejak hari ke 3 puasa…hehhe…tak mau la tangguh-tangguh…sen dah ada…RM7 seorang..so aku kena tunaikan Zakat Fitrah bagi diri aku dan tanggungan aku seramai 5 orang adalah RM35 je… Jangan tunggu lagi….





nice reminder. heading to kl sentral today
selamat berpuasa
Hidup saling mengingati..thats the reason aku share info ni..heheh
dah.. hehe..
IFTAR @ KL Tower
http://umizuhirah.blogspot.com/2012/08/kuda.html
Elok la tu…tanggungjawab dah dilaksana..lega kan?
sebenarnya zakat fitrah sunat dibayar lebih lewat, sebelum solat sunat eid.
tp dek kesibukan zaman sekarang, mmg patut pun ditugaskan ‘amil2 di tempat2 strategik selain dari di masjid/surau
Btol tu bro..cuma takut nak kan pahala sunat tu takut yg wajib terlepas plak…hehehe..so bila dah ada kemudahan dan kelapangan elok disegerakan…wallahualam